Adi Shabrani: Pendapat,perspektif,pandangan serta kehidupan seharian.

Dari Pandangan Saya : Pembekuan Kursus Perubatan di Malaysia?

Baiklah, rata-rata sudah tahu mengenai isu pembekuan kursus perubatan selama 5 tahun di Malaysia. Hal ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ibu bapa dan pelajar-pelajar yang berniat ingin menceburi bidang perubatan, bahkan kursus perubatan akan di bekukan hingga April 2016. Dari pandangan saya, tindakan pembekuan kursus perubatan ini merupakan suatu yang releven, berdasarkan logik di bawah.

1.Mengurangkan kos pendidikan

Untuk melahirkan seorang doktor bertauliah, minimum yang perlu di bayar adalah sebanyak RM 200,000 di Malaysia. Akan tetapi, oleh kerana kerajaan menanggung hampir 80% daripada yuran pengajian, dan pelajar hanya cuma perlu membayar sejumlah kecil yuran (malah ada yang menggunakan wang daripada biasiswa kerajaan seperti JPA dan lain-lain), maka kos pengajian bagi warganegara Malaysia untuk mengikuti kursus perubatan di Malaysia adalah di kira rendah. Apabila selesai bergraduat, masalah timbul, bagaimana bekas-bekas pelajar perubatan ini boleh membayar kembali yuran yang telah di tanggung dengan banyak tersebut? Di tambah dengan masalah graduan yang tidak berkhidmat dengan kerajaan (swasta dsb.) , maka di situ kita nampak ada kerugian berlaku. Perlaburan yang  dibuat tidak mendapat hasil setimpal, lalu menghasilkan suatu defisit belanjawan. Hal ini di tambah lagi dengan pelajar-pelajar perubatan yang di taja kerajaan di luar negara, sudah tentulah semakin banyak bajet yang di keluarkan.

2. Menambahkan kadar efisien dalam pengajaran & pembelajaran

Dengan peningkatan jumlah pelajar perubatan dari tahun ke tahun, jumlah pensyarah yang berkelayakan untuk membimbing mereka ini tidak cukup, dan tidak mencapai nisbah efisien untuk suatu sesi pembelajaran & pengajaran. Hasilnya, ramai doktor yang bergraduat dari universiti tempatan tidak cekap dalam menjalankan tugas. Dan pensyarah yang mempunyai kelayakan yang cukup untuk mengendalikan sebuah kelas perubatan adalah tidak banyak di Malaysia. Maka, pembekuan kursus perubatan selama 5 tahun dapat memberi peluang untuk para pensyarah perubatan untuk lebih fokus kepada pelajar perubatan sedia ada.

3.Membuka peluang untuk kursus lain 

Suatu realiti serta perspektif masyarakat kini, kursus perubatan di pandang tinggi oleh masyarakat dan kebanyakan pelajar akan berlumba-lumba untuk mendapat tempat dalam kursus tersebut, sehinggakan kursus-kursus lain yang di tawarkan yang juga tidak kurang hebatnya di pandang rendah oleh mereka. Hasilnya, apabila mereka ini tidak mendapat tempat dalam kursus perubatan, lalu ‘dibuang’ ke kursus-kursus lain, mereka menjadi lemah semangat. Apabila motivasi diri kurang, inilah yang menghasilkan pelajar yang pasif dan lembap, lalu menghasilkan suasana kampus yang hambar. Malahan, rata-rata pelajar kita sekarang ini gagal untuk melihat kelebihan yang ada pada kursus-kursus lain selain daripada kursus perubatan. Lalu, kursus-kursus ini tidak menyerlah dan gagal untuk di majukan kerana kekurangan permohonan dari pelajar-pelajar. Jadi, apabila kursus perubatan di bekukan, maka kursus-kursus lain akan berpeluang untuk di minati dan memenangi semula hati masyarakat.

Namun begitu, masih ada alternatif lain bagi ibu bapa yang masih menginginkan anak-anak mereka memegang ijazah M.D mahpun M.B.B.S, iaitu dengan menghantar mereka mengikuti kursus perubatan di luar negara. Pada ketika ini, pilihan yang agak popular bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara ialah Mesir, Russia, India dan Indonesia kerana mengambil kira dari segi kos, kemudahan serta pengurusan yang di sediakan oleh ejen-ejen berkenaan.

3 responses

  1. Assalamualaikum w.b.t…En.Adi yang comel…hehee…

    Baiklah pada pandangan saya kedua-dua bidang sama pentingnya..ini kerana di mana ada hitam disitu mesti ada putihnya..kesua-dua bidang memerlukan sokongan yang kuat serta para pelajar memerlukan lebih pendedahan sebenarnya..ini kerana apa yang saya lihat adalah kerajaan cuma lebih memberikan pendedahan kepada pelajar tentang ipt mana yang patut di tuju..bukannya aliran apa yang patut dipilih…sebenarnya pendedahan tentang alilaran sastera ataupun sains ini patut diberikan pendedahan kepada pelajar sejak di bangku sekolah lagi agar mudah bagi mereka untuk memfokuskan kepada bidang yang mereka minati…pembekuan bidang perubatan..ia boleh dilakukan jika para pelajar yang di taja oleh kerajaan ataupun jpa…diwajibkan pulang ke malaysia dan berkhidmat dalam bidang perubatan di negara kita namun apa yang terjadi kini adalah istilah “brain drain” dimana kebanyakan mahasiswa kita tidak mahu pulang dan mahu bekerja diluar negara…jika kerajaan mampu melaksanakan dasar yang mampu membendung brain drain dan meningkatkan penguluaran doktor dan doktor pakar mungkin isu ini boleh diaplikasikan namun buat masa sekarang mungkin belum cukup kuat untuk dibangkitkan isu ini..^_^

    Jun 25, 2011 at 11:39 am

    • cik nasution,
      pertama kali terima kasih kerana melawat blog saya.
      kedua, saya suka pandangan anda.
      ketiga, sila lawat lagi pada masa akan datang.

      Jun 25, 2011 at 1:22 pm

  2. Nik

    Err
    ..hai
    Nik nk tahu sains kesihatan n si on tu bawah sains gunaan ke???
    Cabang sains tu ade bape yepp.

    Januari 10, 2016 at 10:21 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s