Adi Shabrani: Pendapat,perspektif,pandangan serta kehidupan seharian.

IPT: Bidang Sastera/Sains, Satu Dilemma atau Pilihan?

Perkembangan dunia pendidikan tinggi di Malaysia amat memberangsangkan, dengan pertumbuhan pesat pada sektor IPT swasta serta peningkatan taraf dan kualiti IPT awam. Namun, seringkali menjadi satu persoalan dan dilemma bagi pelajar sama ada ingin meneruskan pengajian di dalam bidang sains atau sastera. Untuk entri kali ini, saya ingin memberikan pandangan mengenai pilihan bidang di IPT.

Bidang Sains

Bidang sains merupakan satu pilihan yang popular malahan menjadi pilihan utama kebanyakan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi. Sebelum berbicara dengan lebih lanjut, suka untuk saya ingatkan bahawa bidang sains terbahagi kepada dua, yakni Sains Tulen dan Sains Gunaan. Sains tulen merupakan satu cabang yang menawarkan pengajian di dalam bidang sains secara teoritikal, di samping menjalankan kajian dalam bidang yang di ceburi. Kebiasaannya, bidang sains tulen memberikan peluang untuk mendalami dengan lebih terperinci sesuatu cabang pengajian sains, khas untuk memahami secara intelektual mengenai sesuatu perkara. Contoh bidang sains tulen ialah seperti Sains Biologi serta cabang-cabangnya (Ekologi, Zoologi, Biologi Marin, Biologi Persekitaran, dsb.), Sains Fizik dan cabang-cabangnya (Astronomi, Geologi, Fizik Tulen dsb.) serta Sains Kimia dan cabang-cabangnya. (Kimia Tulen, Kimia Sumber dsb.) Sains Gunaan pula merupakan satu cabang yang menawarkan pengajian dalam bidang sains secara amali, yang mana pengajian sains di jalankan secara pengaplikasian. Contoh bidang sains gunaan adalah seperti Sains Kesihatan, Sains Kejuruteraan, Sains Aktuari, Sains Pendidikan dsb. Juga, pilihan yang popular yang sering menjadi buruan para pelajar ialah bidang sains gunaan kerana pasaran pekerjaan yang luas.

Bidang Sastera

Juga sama seperti bidang sains, bidang sastera juga merangkumi Sastera Tulen dan Sastera Gunaan, yang mana sastera tulen menekankan pembelajaran teori-teori intelektual dan sastera gunaan menekankan pengaplikasian ilmu sastera. Contoh bidang Sastera tulen ialah pengajian bahasa, pengajian falsafah, kesenian, ekonomi, politik dsb. Di sebelah sastera gunaan pula menawarkan pengajian seperti Senimatografi, Komunikasi Massa, Pentadbiran Awam dsb. Juga, faktor keluasan pasaran pekerjaan membuatkan ramai pelajar memilih bidang sastera gunaan.

Bidang Sastera/Sains? Yang mana lebih baik? 

Perspektif masyarakat kita yang memandang rendah kepada bidang sastera membuatkan ramai yang memilih untuk menceburi bidang sains. Namun sebenarnya, dari pandangan saya, kedua-dua bidang ini mempunyai kelebihan masing-masing, bahkan saya boleh mengatakan kedua-dua bidang ini saling berkait rapat serta memerlukan antara satu sama lain. Contoh, sebuah syarikat rekacipta automobil perlulah mempunyai seorang pereka cipta yang mempunyai segenap kelulusan dalam bidang reka cipta (design), dan juga memerlukan seorang jurutera untuk mencadangkan apakah material yang sesuai untuk menrealisasikan rekaan perekacipta terbabit. Jadi, saya berpendapat, kedua-dua bidang sains dan sastera mempunyai kelebihan masing-masing dalam pasaran pekerjaan, terpulang kepada pelajar untuk memilih bidang apa yang di gemari dan di minati. Rata-rata pelajar memilih untuk menceburi sesetengah bidang kerana ingin mengejar dunia pekerjaan, tanpa menilai apakah yang akan mereka capai sepanjang masa pengajian.

Keikhlasan dalam belajar

Memang tidak di nafikan, hampir kesemua penuntut di IPT menginginkan pekerjaan sebaik bergraduat. Namun, jarang sekali kita mempunyai seorang mahasiswa yang menuntut di IPT kerana cintakan ilmu. Maka, ini yang menghasilkan suasana kampus yang lembab, di samping penjanaan mahasiswa yang tidak berkualiti. Ini turut menyumbang kepada peningkatan membanggakan siswazah menganggur di negara kita.

Saya suka untuk memetik kata-kata seorang rakan saya di Facebook, di mana beliau mengatakan begini:

“Belajar biar ikhlas kerana cintakan ilmu, dapat pointer atau pekerjaan yang baik adalah satu bonus!”

Saya sememangnya bersetuju dengan pendapat itu, apatah lagi sebagai seorang Muslim, kita di wajibkan untuk menuntut ilmu. Pekerjaan merupakan suatu bonus kepada hasil keikhlasan serta kecintaan kita kepada ilmu.

Maka, apa pun bidang yang anda ceburi, pastikan anda memberikan sepenuh komitmen dan perhatian di dalam bidang yang anda pelajari, barulah boleh menghasilkan seorang siswazah dan pemikir yang unggul.

17 responses

  1. bg sy, apa pun yg kita belajar sama ada sains atau sastera semua pun sama saja…betul la apa yg kmu ckp td…yg penting ikhlas dlm menuntut ilmu…ilmu di dunia ni luas, bukan saja sains atau sastera…mcm2 ilmu yg kita tak tau lg…selagi kita hidup selagi tu ilmu tak pernah habis…yg penting keinginan di hati menuntut ilmu tak pernah putus…hanya pandangan..klu salah, maaf la ya..hehehe

    Jun 25, 2011 at 11:07 am

    • menarik. yg penting kecintaan kepada ilmu tersebut.
      cuba kita lihat pada zaman kegemilangan Empayar Islam yang mana ramai para pemikir serta saintis Islam muncul, kerana mereka amat mencintai ilmu dan ikhlas dalam menuntutnya. Bayangkan, pada masa itu, masyarakat Eropah pun menggunakan karya para pemikir Islam ini sebagai sumber rujukan mereka.
      namun berlainan dengan realiti masyarakat kita sekarang. kecintaan ilmu itu di buang jauh. hasilnya, lahir siswazah yg x berkualiti yang tidak mampu untuk memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.
      terima kasih, sila lawat lagi blog saya cik siti zalikha.🙂

      Jun 25, 2011 at 1:36 pm

      • klu kita nak belajar walau sekecil zarah pun, akan dapat pahala. apa lagi jika kita menuntut ilmu dgn hati yang ikhlas kan?? pasti banyak pahala yang kita akan dapat..kita hidup di dunia ni bukan hanya belajar ilmu dunia, tp ilmu akhirat juga. lagi satu apa yang sy tgk, kebanyakan siswazah sekarang hanya ingin menjejajakkan kaki ke menara gding bukan utk menuntut ilmu, tp hanya sbg syarat. itulah sebabnya ramai graduan menganggur. pointer pun sbnrny tidak blh dijadikan kayu ukur utk menerima seseorang graduan utk bekerja. apa yg penting adalah kualiti seorang graduan tersebut melakukan kerja yg diamanahkan🙂

        Jun 25, 2011 at 2:31 pm

  2. aril ezanni

    saya ambik bidang sastera.dah juga sy pun ambik bersukan.sekarang saya baru masok tingkatan 4. mcm mana saya nak imbangakan sukan dah pelajaran? sebab saya nak imbangkan sukan dan pelajaran.

    Januari 2, 2013 at 1:14 pm

    • xjadi masalah, sebab sy dulu pun masa sekolah aktif dalam pidato dan debat. tp kena buat satu sistem prioriti, contoh kalau masa tu yg terdekat adalah tournament, sy akan pastikan tournament tu jd prioriti, tp kalau masa tu dekat nak peperiksaan, sy akan letak pula itu sebagai prioriti.

      Jun 8, 2013 at 10:01 pm

  3. syarifah

    saya br lepas stpm tp masih x tahu nak ambil ape…tlg nasihat saya bole???huhu

    Mac 27, 2013 at 11:57 am

  4. arini

    tanx sangt beb

    Mac 29, 2013 at 12:03 am

  5. shafiq

    nk tny,klu degree geomatik…adakah dia bwh sains gunaan???

    Jun 7, 2013 at 9:36 pm

  6. saya brminat dlm subek sains sukan…bidang apa yang perlu saya ambil?tlg saya ya..dh confius nk isi upu ni..

    Februari 20, 2014 at 11:54 pm

  7. azlan

    salam tuan, artikel yg disampaikan ini sangat menarik dan baik..mohon tuan berikan sumber dan rujukn buku..(bibliografi)

    Oktober 20, 2014 at 1:25 pm

  8. suhair

    saya sedang isi upu ni, saya pilih bidang sains .
    program pengajian yg saya pilih ialah diploma sains.
    adakah saya patut pilih terus program pengajian sains aktuari,sains komputer,sains geomatik dan sbgnya…?

    Mac 8, 2015 at 11:50 pm

  9. sarah

    boleh tak admin senaraikan secara detail apa bidang sastera dan sains?saya amat memerlukannya…terima kasih..

    Mei 14, 2015 at 11:47 am

  10. Nurul Farina

    Assalamualaikum, senior saya nak bertanya. adakah sains kesihatan dan sains kesihatan bersekutu merupakan benda yg sama. boleh jelaskan?

    Mac 20, 2016 at 10:00 am

  11. assalamualaikum,saya nak tanya…..klau nk kerja sebagai penulis novel tapi ambik aliran sains.x pa ka.tlg jawab ya

    September 23, 2016 at 6:22 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s